Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Turki akhirnya tunduk kepada tekanan berbagai pihak untuk mendedahkan dalang rundingan antara pemberontak Syria dengan pihaknya.
Nama Heysel Topalca telah disebut sebagai individu perunding dengan pasukan keselamatan Turki dan kini berada dalam sanarai hitam orang yang diburu pihak berkuasa negara tersebut. Meskipun sudah beberapa hari Heysel tersenarai sebagai pengganas, hingga kini belum ada berita penangkapan mengenainya.
Pasukan anti pengganas Turki turut mengumumkan bahawa Heysel telah menyeberangi sempadan negara itu yang berhampiran dengan Syria sebanyak 873 kali.
Nama Heysel kini disebut-sebut sebagai dalang berbagai jenayah seperti pengeboman di kota Reyhanl? yang menyebabkan kematian dan kecederaan berpuluh-puluh penduduk, menyeludup peluru meriam dari wilayah Adana ke Syria, serangan gas beracun, penculikan wartawan Turki di Syria serta serangan ISIS di Ni?de.
Sebahagian bukti menyatakan Heysel Topalca memimpin kumpulan pemberontak di Lattakia dengan melancarkan serangan dan merekrut pengganas seperti FSA.
Demi kepentingan politik dan keselamatan negara, pihak keselamatan Turki mengumumkan kesediaan untuk menangkapnya. Namun berbagai pihak meragukan kenyataan tersebut kerana nama pengganas ini sudah lama disebut tanpa ada perkembangan susulan mengenai penangkapannya.
Banyak pihak mengkritik kerajaan Turki yang terlalu bersikap lunak dengan kumpulan pengganas dan ada juga yang langsung menuduh Turki turut bersubahat dengan kumpulan ISIS, Jabha Nusra dan FSA.


...............